Tuesday 5 March 2013

CERPEN 1: HIDAYAH CINTA

            Ya Allah!! apa nak jadilah dengan remaja zaman sekarang, semakin hari semakin bertambah kes pembuangan bayi yang menjadi bahan sensasi pemberita dan dada-dada akhbar. Bayi ditemui di dalam longkang, bayi ditemui di tong sampah, bayi hampir menjadi makanan anjing. Eeee! menakutkan! benarlah dunia akhir zaman ini kembali seperti zaman jahiliah dahulu.

          Pada zaman jahiliah dahulu, sebelum datangnya islam dan sebelum Nabi Muhammad S.A.W dilantik menjadi rasul, manusia pada zaman itu bergelumang dengan maksiat. Arak,judi,zina,riba',membunuh anak , itu semua seolah-olah sebati dengan kehidupan mereka. Adakah dunia kini sudah hampir ke penghujungnya? sampaikan perbuatan zina dan membuang bayi seolah-olah dipandang enteng oleh masyarakat. Ya Allah, kau berikanlah kami petunjuk bagi membendung gejala ini ya Allah.

"Oii! meletop televisyen tu kalau kau terus beri renungan yang tajam macam tu, kalau pemberita tu boleh nampak kau silap-silap tunduk mencium bumi sambil baca berita tau!"

"Hiperbola gila kau Tasya..bukan apala..aku sedang fikir, kenapa masih ada manusia yang sanggup buang zuriat sendiri. Iyelah, meskipun anak itu tak sah taraf..tapi bayi itu berhak hidup, dia tak berdosa apa-apa ini tidak..dahlah buat dosa besar makin tambahkan dosa pulak.."

"Nak buat macam mana Ayu..dunia akhir zaman, lagipun kerajaan , NGO dan JAKIM dah buat macam-macam cara bagi membendung masalah ni..tapi,,masyarakat itu sendiri tak nak berubah, tak nak ambil pengajaran..kan Allah sendiri cakap..AKU tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu tidak mengubah dirinya.."

......................

"Baiklah, bagi cuti semester akan datang..saya tidak mahu awak hanyak duduk rehat di rumah..saya nak kamu semua buat research tentang perubatan disamping melakukan kerja-kerja amal secara individu..ingat markah akan diambil bagi tugasan ini dan akan mempengaruhi keputusan peperiksaan kamu sebelum kamu semua tamat pengajian faham?"

"Faham prof!!"

          3 bulan cuti semester......research perubatan...kebajikan.....idea,idea,idea,dan idea. Argh!!! apa nak buat hah?. Nur Ayuni...kau kena fikir cepat fikir, ok..aku minat bahagian perbidanan dan..ha!! dapat!!. Baiklah..kalau bab kebajikan aku boleh minta tolong kaklong, kebetulan dia bekerja di Raudhatus Sakinah disamping itu aku dapat mendalami kehidupan dan perasaan remaja yang sudah kembali ke jalan yang benar. Kalau research perubatan pula, aku boleh pergi ke Hospital Sungai Buloh sebab kakak ipar aku adalah Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di situ. Alhamdulillah...beres!!

" Ayu!! kau ni tak reti istilah rehat ke? dari dulu aku kenal kau sampai sekarang workaholic gila...padan la..tak ada 'boyfriend'.."

" 'Boyfriend'?? my boyfriend is my future husband ok...lagipun we..as a medic's student..ada ke...masa untuk layan cintan cintun ni..24 hours is busy ok..."

"Kau punya pendapat..bukan aku...Cik Nur Ayuni..walaupun saya tak ada teman lelaki..tetapi saya bukanlah ulat buku macam awak..selalunya la kan..kalau kau free pun..kau akan baca buku..kalau bukan pasal pelajaran..buku-buku agama, hadis, novel-novel sejarah,islamik..tak bosan ke?"

" Tak..aku cuma nak cari ilmu akhirat...tak nak jadi doktor yang hanya ada ilmu duniawi sedangkan ilmu ukhrawi..hancus!..cukuplah aku tengok pak ngah aku...100% ilmu duniawi...sedang ilmu akhirat dia ambil endah tak endah sahaja..kesannya...lupa keluarga..duit keutamaannya...lagipun aku tengah buat planning pasal assignment yang Prof Liza bagi dekat kita la.."

        Benar...apa yang pak ngah aku lakukan terhadap opah dan tokwan tak akan pernah aku lupakan...arwah ibu satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan satu-satunya anak opah dan tokwan yang tinggal berdekatan selain paksu...semua tanggungjawab atas bahu mereka berdua sedangkan pak ngah, susah untuk dihubungi. Walaupun aku anak bongsu dari empat orang adik-beradik tetapi aku tetap melaksanakan tanggungjawab aku terhadap orang tuaku meskipun yang tinggal sekarang hanya ayah aku. Mendalami ilmu akhirat sememangnya menjadi minatku oleh sebab itu di fakulti perubatan aku bergiat aktif dalam persatuan agama, usrah dan ceramah-ceramah agama yang diadakan di kampus. Selain itu, teman-teman sebilik aku juga tidak putus-putus mengadakan tadarus Al-quran pada setiap pagi seandainya kami tidak ada kuliah. Sesungguhnya benarlah manusia ini hanya pelakon di dunia sedangkan yang menjadi skrip dan panduannya adalah Al-quran dan Sunnah, dua perkara harta yang sangat berharga yang ditinggalkan baginda S.A.W kepada umat sekelian alam.

 .......................

"Boleh ye..kaklong...ini salah satu nyawa Ayu untuk graduate kak long..."

" Buat kerja kebajikan hanya untuk graduate je ke??"

"Tak la...lagipun..salah seorang penuntut di sini sedang menghitung hari kan..Ayu teringin nak belajar jaga baby...dan kaklong kan tahu yang Ayu minat kerja macam kaklong ni..walaupun Ayu akan jadi doktor..."

"Baiklah..."

             Aku berkenalan dengan seorang penuntut di Raudhatus Sakinah namanya Alia. Alia adalah seorang remaja yang sebaya denganku tetapi sayang, gara-gara termakan kata-kata cinta bekas teman lelakinya mahkota diri tergadai. Namun, Alia bertuah kerana keluarga masih mahu menerimanya meskipun sebulan selepas kejadian Alia disahkan mengandung. Keputusan untuk memperbaiki diri dan menetap di pusat bimbingan ini bukan secara paksaan malah Alia sendiri rela hati mencari ketenangan diri dengan dibimbing oleh warga di sini dan sekarang genap lapan bulan bersamaan dengan usia kandungannya kini.

" Ayu...awak tak jijik ke..berkawan dengan saya..."

"Lia....kenapa nak jijik...pernah tak..awak dengar seorang ibu yang telah melahirkan anaknya..ibarat bayi yang suci tanpa dosa...percayalah..Allah maha pengampun lagi maha penyayang...lagipun..selepas sahaja..baby Lia lahir...Ayu nak sama-sama dengan Lia jaga anak ni.."

"Terima kasih Ayu...."

"Saya sepatutnya berterima kasih dekat Lia..sebab Lia telah memberi kesedaran kepada Ayu..yang orang berubah dan bertaubat itu..kadang kala lebih suci dari orang yang automatik baik..hehe..."

         Aku menyedari ada mata yang sedang melihat tingkah kami dan aku kenal orang itu, kata kaklong beliau adalah ibu kepada salah seorang pemilik hotel di Jakarta iaitu JW Marriott Hotel, Jakarta.

  "Maaf ya..bisa saya tumpang nanya??"

"Owh...ibu Raja..kenapa buk..??"

"Erm...gadis itu siapa ya..? maksud saya gadis yang sedang ngobrol sama penghuni disini tu.."

"Owh..maksud ibu Ayu...dia adik bongsu saya buk..kebetulan pusat pengajiannya sekarang sedang cuti semester..dan dia ke sini untuk buat kajian tentang remaja di pusat pemulihan ini..insyaallah bulan depan dia akan ke hospital untuk buat kajian tentang bidang kedoktoran yang diambilnya....kenapa ibu tanya?"

"Nggak ada apa-apa...jadi adik kamu itu bakal doktor ya..bagus banget ya...udah pintar..peribadinya mulia sekali...saya jadi terfikir sesuatu...Laila..bisa kita bincang sebentar?"

       Apa sajalah yang dibincangkan oleh kaklong dengan orang Indonesia itu. Lama sangat sampaikan niat aku untuk menjenguk kaklong terbantut. Dalam masa yang sama juga Alia mengadu sakit perut kepadaku dan ternyata katil yang diduduki oleh Alia juga turut basah. Sah! air ketuban dah pecah, aku segera menelefon ambulans dan kemudian pergi memberitahu kaklong.

"Sudah-sudahlah tu...Ayu...nak juga budak tu rehat...ingat tak penat ke kau bawa ke hulur kehilir..ha? alih-alih pusing pusat ini juga.."

"Ala..kaklong....nak pergi hantar balik la ni...."

"Ha...Ayu puas awak main dengan Adam?"

"Puas gila! haha...lagipun Adam tak banyak merengek.."

"Ayu....terima kasih ye...sebab anggap anak saya macam bayi normal yang lain, yang ada keluarga yang lengkap dan yang halal.."

"Apa awak cakap ni Alia..., Adam macam yang lain juga 
bayi yang tidak berdosa, suci ibarat kain putih kenapa kita nak anggap dia seperti bayi asing..lagipun Allah kurniakan Adam cukup sifat, sihat dan awak tahu..bila saya tatap wajah Adam..hati saya jadi tenang, benarlah kata orang..anak ni..penghibur lara."

"Tapi Ayu...hakikatnya dia anak tidak sah taraf...anak haram.."

"Itu hanya darjat dimata dunia...di mata manusia...tetapi di mata Allah...dia adalah seorang bayi yang suci lagi bersih...secalit dosa pun tidak terpalit lagi dalam buku catatan dia Alia.."

..............

        Genap sebulan aku membuat kajian di tempat kerja kaklong dan pelbagai pengajaran yang aku dapat sepanjang berada di sana. Perkenalan aku dengan Alia membuatkan aku sedar betapa ramainya remaja zaman sekarang yang cetek ilmu agamanya dan menjunjung tinggi cinta terhadap teman lelaki daripada mengabdikan cinta yang suci kepada Allah yang maha esa. Tetapi, seperti yang tertera di dalam kitab cinta Allah yakni salah satu harta yang Rasulullah S.A.W tinggalkan kepada kita, firmannya yang bermaksud:


"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga sesuatu kaum itu mengubah nasib mereka sendiri"
(Surah Ar-Ra'd:11)

"Assalamualaikum Ayu..."

"Waalaikumussalam....oh ibu Raja...kok ibu ada disini.."

"Enggak usah panggil saya ibu,ibu segala..seperti orang asing saja..panggil aja tante Raja...kan enak..seperti saudara kan.."

"Iya sih..tante..tante ngapain ke sini..enggak ke pusat.."

"Sebenarnya tante mahu nyampain satu good news buat kamu, tante udah bicara sama kakak kamu..dan..dia juga udah setuju tu..."

"Tentang apa ya...tante?"

"Begini...saya pingin kamu ikut saya pulang ke Jakarta...dan kebetulan rumah saya berdekatan dengan salah sebuah rumah sakit yang terbesar di Jakarta, oleh itu kamu bisa lakukan research di sana...sebenarnya sih..tante maunya kamu bantuin anak tante yang lagi ngurusin hotel di sana...dia itu liar banget Ayu...enggak pernah puas dengan seorang cewek..dan kehidupannya ya ampun...tolongin tante ya...mana tau kan....kamu bisa ubah dia.."

"Tawaran tante yang satu itu sih....saya amat hargai..tapi yang satu itu sih...hanya anak tante aja yang bisa ngubah dirinya sendiri...saya cuma bisa kasi saranan aja tante...tapi...insyaallah deh...aku coba...tante juga sih...sebagai orang tuanya..harus bantuin aku ya.."

.................................

           Biarkan aku meniti diatas hamparan syurgamu...
Bila saatku pergi biarlah cintaku tetap disitu........

(Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan)


          Benar!. Kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan, akan ku pegang lirik lagu ini dalam membendung anak tante Raja. Uish!!! asal dia pilih aku? setahu aku dekat Jakarta mahupun di daerah-daerah lain seluruh Indonesia ramai kiai-kiai dan pesantrean-pesantrean yang bagus. Kenapa harus aku? Ya Allah..sesungguhnya engkau yang merencan semua perjalanan hidupku, jika ini salah satu cabaran buatku untuk menegakkan agamamu dan mengembalikan semula umat Nabi Muhammad yang tersesat jalan...permudahkanlah urusan hamba ya Allah, amin...

"Ayu kita udah sampai...ini hotelnya anak tante...mari tante kenalin...."

"Iya tante..."


         Subhanallah...inikah JW Marriott Hotel Jakarta?.. Indahnya..dan besarnya..tetapi kebanyakan pengunjung sepertinya terdiri daripada golongan orang ternama Jakarta.

"Kenalin Ayu...ini anak tante...Rayyan Aditya bin Abdullah..."

"Panggil saja Ray..."

"Ayu...maaf perempuan tidak boleh bersentuhan mahupun bersalaman dengan laki-laki ajnabi.."

"Ajnabi?? bahasa apaan tu..tamil?"

"Astaghfirullahalazim....asalnya dari perkataan bahasa arab..tapi kalau dalam kamus bahasa Malaysia ajnabi itu bermaksud..lelaki(bukan saudara terdekat) yang sah dikahwinkan dengan seorang perempuan." Tudia aih!! bahasa tamil? gila ke apa mamat ni? muka ja nampak kacak tetapi akhlak hancur!

"Owh...baiklah ma..aq ada meeting sama klien dari Morocco..permisi..."

"Maafin Ray ya...Ayu...kelakuannya emang kaik gitu-gituan.."

"Enggak apa-apa tante..". Heish!! baru dekat pejabat, kalau dekat rumah macam manalah agaknya. Kata Tante Raja, Rayyan tidak pernah lekat dirumah asal langit gelap je dah lesap kalau balik pun maunya 3, 4 pagi baru jejak rumah. Rupa-rupanya bekas suami Tante Raja adalah penganut Kristian koptik yang kuat berasal dari Sepanyol, perkenalan beliau dengan mantan suaminya itu berlaku sewaktu dia mengendalikan hotel itu yang kini diambil alih oleh anak terunanya itu. Meskipun mantan suaminya atau dikenali sebagai Caser memeluk agama islam setelah mereka menikah, tetapi suruhan wajib agama tidak pernah Caser tunaikan apatah lagi yang sunat. Kata Tante Raja, Rayyan jadi seperti itu gara-gara terjangkit dengan perlakuan ayahnya walaupun sehingga kini Caser tidak pernah datang menjenguk Rayyan.


"Pagi ma..."

"Assalamualaikum nak..kan bagus kalo pagi-pagi yang indah ini dimulakan dengan salam..Ray..". Ya Allah, apa nak jadilah dengan anak tunggalku ini perangai dan tingkah lakunya tidak ubah seperti Caser. Kau bukakanlah pintu hati anakku ini ya Allah supaya dapat manjadi anak yang soleh.

"Mama sih...pagi-pagi udah buka gedung ceramah agama..kaik ga..." . Eh, kenapa gadis kolot kemarin ada disini. Aduh!! mama kutip dari tong sampah mana sih. Lihat aja penampilan gadis ini, kolot habis enggak panas apa? 24 jam rambut berkurung dalam jilbab.

"Assalamualaikum tante.., Ray.."

"Kok..kamu ada disini sih? emang enggak ada rumah? ha!"

"Ray...jangan keterlaluan ah...mama lupa kasi tau kamu Ayu sementara waktu akan tinggal sama kita..karna dia akan lakukan reseach perubatan di rumah sakit dekat-dekat sini.."

"Argh!! bertambah pula gadis kolot di rumah ini..mama..sekarang gadis ini..apa namanya? Ayu..? bikin rosak mood aja!"

"Ray..aku bisa terima kalo kamu bilang aku gadis kolot..tapi Tante Raja...dia itu mama kamu Ray..emang kamu enggak tau hukum kalo bercakap kasar sama mama kamu sendiri..bisa-bisanya nanti jatuh anak derhaka Ray...."

"kecoh amat sih..." Baik aku pergi, lagi lama aku dalam rumah itu lagi bernanah telinga aku dengar. Ini pasti kerjaan mama, ajak gadis kolot Malaysia itu ke rumah dan konon bisa ubah aku atau lansung aja mama mau nikahkan aku dengan dia?. NO!!!!!triple No!!! argh!!!! baik aku pergi jumpa Natasha lagi bagus.

"Halo Nat..aku pergi rumah kamu ya sekarang?"

"Ok i'm waiting for you darling.."

"Thanks my little barbie..". Natasha, nama yang tidak asing lagi bagi diriku. Siapa tidak kenal seorang model top Indonesia yang cantik dan seksi itu, sesungguhnya diriku....Rayyan Aditya sangat beruntung dapat menampingi gadis yang sentiasa menjadi rebutan jutawan Jakarta itu. Sudah menjadi rutin mingguan aku untuk menginap dirumah Natasya bagi setiap hujung minggu.

......................

"Kenapa Ayu?? kok cepat sekali pulangnya..apa kamu enggak betah tinggal disini? atau..gara-gara kelakuannya si Ray...yang membuatkan kamu enggak betah disini?"

"Bukan seperti itu tante..aku cuma mahu jenguk Alia..Kaklong bilang Alia stress karna mikirin anaknya tante.."


(DI MALAYSIA)

"Alia...awak ok??"

"Awak tengok saya ok ke..? awak tahu ke betapa sakitnya hati seorang ibu kehilangan anaknya.."

     Betul, memang aku tak pernah merasa kehilangan seorang anak sebab aku belum berkahwin. Tetapi aku dapat merasakan apa yang dirasa oleh Alia, memang perit kehilangan zuriat yang dikandung di dalam rahim sendiri. Kaklong pun tidak boleh berbuat apa-apa, sememangnya itu protokol yang disediakan oleh pihak Raudhatus Sakinah. Pabila kutanyakan kepada kaklong mengapa mereka tidak diberi hak penjagaan anak mereka sendiri, jawab kaklong kalau undang-undang dibenarkan begitu kemungkinan gejala hamil di luar nikah ini akan bertambah runcing. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk mengambil anak Alia sebagi anak angkatku. Pada mulanya teserlah riak tidak setuju di wajah Alia, tetapi memandangkan aku yang secara rela hati ingin menjaga anaknya dia dengan senang hati bersetuju di penghujungnya.


      Keberadaan Rayyan Aditya bersama Tante Raja dan aku di Malaysia merupakan sesuatu yang berbeza buatku, bukannya aku tidak selesa dengan Tante Raja..tetapi aku benar-benar tidak selesa dengan Rayyan awalnya. Rayyan pelik dengan tindakan aku mengambil anak Aliya sebagai anak angkatku.Ya!! mungkin kerana di Indonesia tidak ada protokol-protokol seperti ini. Bila difikir-fikirkan, ada baiknya Rayyan mengikut ibunya ke Malaysia kerana makin hari aku dapat lihat perubahan sikapnya daripada seorang yang sombong,panas baran kepada seorang yang lemah lembut dan penyayang. Pada aku ini berkat kekerapan Tante Raja dan Rayyan menjenguk aku dan anak angkatku yang diberi nama Aisyah.

" Ayu..ada sesuatu yang aku mahu bicarakan sama kamu.."

"Apa?"


"Aku mahu kamu ngajarin aku tentang islam..aku baru sedar udah berapa lama aku ingkar terhadap suruhan Allah..terlalu banyak perkara yang ayahku racuni fikiranku.."

        Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati ini usai sahaja mengetahui niat baik Rayyan itu. Tante Raja yang kebetulan ada disitu mensetujui rencana Rayyan yang ingin mendalami ilmu agama bersamaku tetapi bersyarat, aku harus menikahi Rayyan. Dengan itu, memudahkan aku untuk membimbingnya. Memang pada awalnya aku agak ragu-ragu tetapi, setelah memohon petunjuk dan dorongan Allah dalam membuat keputusan akhirnya aku setuju dengan perancangan Tante Raja.



CAHAYA CINTA ALLAH AKAN HADIR TANPA DISANGKA-SANGKA, TETAPI TANPA USAHA HAMBANYA MENCARI  SINAR CAHAYA CINTA PENCIPTANYA,
MANA MUNGKIN CAHAYA CINTA ILAHI MENEMBUS KE LUBUK HATI.


     






























No comments: