Tuesday 16 July 2013

LINDUNGI AKU!!!

I'm just get the idea from my roomates....when she said
"zaman sekarang jadi macam trend kan...anak x pakai tudung...pakai baju seksi-seksi...tapi bila tengok mak diorang....tudung litup elok je..."


LINDUNGI AKU!!!!

Wahai penghuni diri ini,
Aku mohon,
Lindungi aku dari dibakar oleh neraka jahanam kelak,
Aku tidak mahu dibakar!!
Aku mohon,
Janganlah dikau pamerkan kecantikan yang sepatutnya dilindungi,
Aku mohon penghuni diriku,

Wahai penghuni diriku,
Aku mohon,
Lindungilah seluruh tubuh ciptaan tuhan ini,
Aku tidak mahu kulit ini disiat-siat,
Pedih dan peritnya itu sangat gerun dikala ku bayangkan,
Aku mohon diri ini,
Lindungilah aku,

Lindungilah aku,
Andai kau percaya dengan adanya azab dari yang ESA,
Andai kau tidak mahu ayahandamu menanggung azab keranamu,
Andai kau tidak mahu kekandamu menanggung azab keranamu,
Andai kau tidak mahu adindamu menanggung azab keranamu,
Andai kau tidak mahu suamimu menanggung azab keranamu,
LINDUNGILAH AKU!!!