Friday 5 April 2013

CERPEN 2: SEHODOH PERMULAAN, CANTIK JUA PENAMATNYA..




“Oh my god!!..”

“Kenapa Mirda tesorok-sorok tengok result tu…mai la..papa tengok…”

“Takde apa yang nak dibanggakan pun pa….bangla ja…semua…”

“Its ok right…maths you got A’s…”. Huh? Matematik moden A pon boleh jadi perkara yang dibanggakan ke? Makin tak faham aku. Result SPM aku tak sehebat yang lain, Cuma 2A ja ok. Kecewa jangan cakap la, usai ambil fail result yang disertakan dengan sijil kerja kursus segala bagai aku terus berjumpa dengan cikgu-cikgu yang berada disitu dan mengucapkan ribuan terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. Walaupun keputusan  SPM aku tak cemerlang, tapi itu bukan sebab aku akan lupakan segala jasa dan jerih payah cikgu-cikgu yang mengajarku.

“ Along, kau ok tak?”

“Nasib kau tak awalkan cuti sekolah, buat rugi je pergi ikut aku ambil result..result aku macam haprak gi!!”

“Wei!! Relaks la…asal emo sangat…bersyukur la..along..daripada tak ada A..ada ja..rezeki sambung pengajian kat mana-mana tu…” Apalah kakak aku sorang ni, nama ja duduk sekolah agama 5 tahun tapi, ayat tak boleh belah pasrah 24 jam tak tahu nak nasihat dan motivasi macam mana dah.
………………………………………………………………………………………………….

“Mirda! Kau datang pun…aku ingat kau tak datang…”

“Actually aku malu nak datang, jumpa korang semua…almaklumlah..budak-budak MRSM..yang  smart+genius mana kawan dengan budak biasa macam aku ni..”

“Kau cakap macam tu lagi..aku hantar kau pergi pusat pemulihan otak…!! Kita semua sama ja..uish!! kang kena BRAINWASH padan muka…”

     Kureng punya Iwan, ada nak BRAINWASH aku. Mimpi di tengah hari la cik Iwan oi!!!. Iwan memang kawan baik aku sewaktu aku masih di sekolah rendah lagi. Mana taknya, aku ingat lagi sewaktu aku dan Iwan dipilih sebagai wakil sekolah di peringkat daerah dalam pencalonan anugerah pelajar cemerlang kokurikulum sekolah rendah. Dari peringkat daerah sampailah ke peringkat negeri..disebabkan hanya kami berdua sahaja yang terlibat, maka dimana dia pergi disitulah aku ikut ala…macam lembu cucuk hidung tapi tak adalah sampai ke tandas pun aku ikut haha….masak la macam tu. Tapi itulah kan…satu perkara ja yang aku tabik dekat mamat kaki leter ni, setinggi  mana ilmu dan darjat sebagai seorang pelajar dia gapai sahabat-sahabat tidak pernah dia lupakan biar yang perempuan mahupun lelaki apatah lagi guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu kepadanya. Tidak seperti sahabat-sahabatku yang lain, rakan karibku sewaktu sekolah rendah sudah bertahun-tahun menyepi. Aku pernah dengar berita tentang dia dari ibuku yang kebetulan membawa anak muridnya lawatan menara gading ke Maktab Rendah Sains Mara Taiping. Dengarnya Shira antara pelajar harapan sekolah dan selalu menjadi antara pelajar cemerlang maktab dan juga salah seorang pelajar yang berjaya dalam temuduga untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

“Jom la…diorang tunggu tu…”. Tunggu ke?? Aku nampak dari kejauhan mata ni muka tidak senang diorang adalah, mana tidaknya Shira,Zura,Raudhah semua set-set MRSM punya budak dan nampak sangat mereka tidak senang dengan kehadiranku. Ala…aku tak teringin nak menyibuk pun..dah Iwan jemput aku sebab katanya nak buat ‘small reunion,’. Tapi tak taulah Iwan bagi kau je reunion mungkin bagi diorang semua ini perjumpaan tertutup set-set MARA haha….

“Eh, Iwan aku lupalah..hari ni..aku kena pergi temuduga dekat pejabat MARA..tak apalah sorry geng erm….maksud aku..kawan lama…”

“Wei…Mirda apa ni…”

“Ala..Iwan kau tak dengar ke dia cakap apa tadi..she has an interview, oh…sorry beb..kitaorang little bit tak faham malay…yela…dah terbiasa guna dekat maktab English…anyway..Mirda Safia…kau silap hari dan aku rasa Iwan silap ajak orang…sebab hari ni..kita kumpul just for kita yang ex-mrsm student…hehe..”

“Shira!! What are you talking about?? Dah sah-sah hari ni..we want to do a small reunion..what???you're crazy..”

“Wei…wei…apa ni…Iwan aku ok la…aku silap tempat…sorry lagi sekali bye..assalamualaikum…”. Bagai halilintar membelah hati! Benarkah apa yang kudengar tadi. Sebegitu bezanya jurang yang sahabat karibku Shira cipta antara kami, gara-gara perbezaan darjat akademik atau dalam erti kata lain perbezaan keputusan peperiksaan. Iyalah..manakan sama pelajar straight 9A’s…dengan pelajar 2A macam enggang dengan pipit yang tidak mungkin bersatu. Tidak mengapa Shira, aku faham terima kasih sebab kau sedarkan aku yang sahabat karibku kini adalah salah seorang manusia yang pentingkan darjat dalam persahabatan terima kasih Shira.

“What’s this Shira? What are you talking about? Sampai macam itu sekali kau buang kawan baik kau..eh! Korang sangat rapat tau masa sekolah rendah…kau tak ingat tu..”
“Its just an old story Iwan…best friend masa sekolah rendah..not now..and ever…remember Iwan..who is she?? And who we are??”

“Butanya hati kau disebabkan jurang akademik..wei!! kau sedar ke tidak yang kejayaan yang kita capai ini adalah kejayaan yang sementara ha?? Cuma merangkumi dunia dan belum tentu akhirat kita akan berjaya macam sekarang! Kau salah seorang orang kuat Badan Dakwah Rohani di maktab, takkan pekara yang simple macam itupun kau tak reti menilai Shira!! Kau pelajar terbaik keluaran maktab Taiping dan pendapat akulah…orang IQ tinggi lebih ‘bersifat’ dari ‘bersikap’!!”

“You’re too much Iwan!!”

“What??!! Ingat….yang kau perlekeh itulah yang berjaya lebih dari kejayaan kau..remember that..”. Aku rasa cukup bisikan bernada peringatan sinis itu di telinganya, harap dia ingat. Mirda!! Aku yakin kau akan berjaya..SPM bukan perhentian berbentuk kiamat masa depan aku yakin kau boleh.

…………………………………………………………………………………………………………

Dumm!!!Dumm!!

“ Alamak! Ni sah karang hujan lebat ni…kena cepat ni…kalau tak, kehujanan la aku kat jalan…”. Risau betul aku dibuatnya, sebelum ini aku tidak pernah pandu kereta dalam keadaan hujan. Gila betul buat kerja-kerja first time ni.

“Mirda…kau buat apa dekat sini?”.

“Shira…aku…nak buka akaun sspn..kau?”

“Owh..ingatkan nak tukar duit..aku dekat sini nak tukar duit almaklumlah..orang nak terbang ke Ireland minggu depan..”

“Ya ka…tahniah! Happy to hear that..good luck dekat sana ok…”

“Herm….anyway Mirda…aku nak cakap sikit dengan kau…aku rasa kau dah bawa pengaruh besar pada Iwan.”. Nah!! Sekarang masanya, aku betul-betul tak sangka Iwan boleh tempik aku di hadapan teman-teman lain gara-gara nak menyebelahi budak yang tak berapa pandai ni.

“Maksud?? Takkan kau tak puas hati pasal kes sebulan yang lalu…apa masalah kau sebenarnya Shira..cuba terus terang dengan aku, apa aku boleh buat untuk puaskan hati genius kau tu?.”

“Good…aku straight to the point je ok…jauhi kitaorang…kau bukan set-set kami…tak setaraf..”

     Apa ?? tak setaraf?? Eh sebaiknya kau cermin diri kau dulu, kau manusia dan aku pun manusia tidak ada bezanya. Sungguh pedih berada di zaman yang serba moden tapi mempunyai manusia yang lupa asal usul ni. Sampai macam itu sekali pandangannya terhadap aku, sumpah!! Tak ubah macam aku ni anak pengemis yang dipinggirkan orang-orang sekeliing.

“Ya…betul..aku tak setaraf dengan korang..tapi..dekat padang mahsyar nanti hukuman dan berkumpulnya makhluk satu dunia ni..ikut taraf dan darjat seseorang?”

     Amboi minah ni!! Tak padan dengan 2A SPM ada hati nak peril orang macam tu. Memang tak kemanalah kau Mirda Safia, kalau bodoh tu..memang bodohlah sampai mati bab-bab agama kau bolehlah berhujah, tapi bab isu semasa? Akademik? Hahaha…jauh kau ketinggalan.

‘Ya Allah…apa lagi ujian yang kau berikan buat hambamu ini? kuatkanlah hamba dalam menghadapi kebencian umatmu….aku tahu perancangan hidup yang kau susun ini..yang terbaik buatku’. Tewas jua aku dengan air mata yang sedari tadi bertakung dek panahan kata-kata Shira. Pedih, sakit itulah perasaan yang aku tanggung. Sungguh !..apa hina sangatkah orang yang kurang berjaya ini? aku tidak bodoh! Aku tidak dungu! Cuma rezeki masih belum memihak kepadaku. Pernahkah dia berfikir bahawasanya segala sesuatu yang terjadi itu adalah dengan keizinan daripada Allah? Pernah tak dia terfikir segala yang terjadi ini adalah ‘storyline’ yang Allah telah tetapkan untuk hamba-hambanya? Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat kita.

‘Andai aku dengar cakap mama hari itu…’

Sehari sebelum ‘small reunion’……

“Betul ke along nak pergi? Kawan-kawan lain ada pergi? Maksud mama selain budak-budak mrsm??”

“Tak tahulah ma..ni pun Iwan ajak…dia kata saja nak jumpa kawan-kawan lama before kitaorang sambung belajar balik..”

“Mama bukan apa along…,along tahu kan diorang sebelum ni tak pernah contact along…tambah-tambah Shira..mana dia ingat kawan dah along..”

      Aku tahu, mama takut andai kehadiran aku bagai tetamu tidak diundang oleh kawan-kawan yang lain. Tetapi mama, jangan dikhawatikan soal itu insyaallah takkan ada apa-apa yang berlaku di sana nanti. Andai mereka tidak menerima kehadiran along, hehe..sendiri tanggung malu la. Bukan sengaja aku hendak memalukan diri sendiri, tetapi rindu yang membuak terhadap sahabat lamaku membuatkan aku teringin nak berjumpa dengan diorang.

‘Ai…macam itu pulak jadinya…relaks…relaks…la taqof wala tahzan innallahama’ana..jangan takut jangan sedih Allah bersama kita…huh!! Macam nak kawad pula..haha’

…………………………………………………………………………………………………………..

3 tahun kemudian………..

“Datang jugak kau Mirda…lama gila tak jumpa kau…rindunye!!!”

“Overla..kau Mira…nama pun belajar dekat Melaka nun…mana nak nampak batang hidung dekat utara ni dah….betul tak cik Mirda??”

“Absolutely not!! Ala….aku takde kat utara pun..kau masih boleh gaduh-gaduh dengan aku dekat facebook kan…Sudin…”

“Ala..kau ni…teknologi hanya alam maya…kita ni..alam betul-betul…tak sama…hahaha..”
“Wei, Mirda..kau nak dengar kejayaan classmate kita tak??.”

“Apa dia Mia??cerciter sikit asal??korang semua pakat dapat anugerah dekan ek??betul tak?betul tak? Kalau betul belanja aku makan Tutti Fruiti hari ni…hahahahaha..”

“Wei!! Pehal kau? aku..baru nak buat kuiz tak  bertauliah, soalan pasca diploma…potong la..kau Mirda…tau mana ha? Cerciter sikit..”

    Alah..diorang tak cerita dekat aku pun aku boleh tahu, ramai informer kelas dari mana lagi aku dapat tahu berita sensasi lagi gembira ni kalau tak dari Teacher Shantini. Teacher kasi tahu aku awal-awal dah satu kelas pegang title anugerah dekan dan yang masuk matrik, semua pakat sambung pengajian dalam bidang yang masing-masing minat. Wuish!! Tak sangka betul storyline kami comel-comel belaka. Tetapi, berita pasal aku je yang diorang tak tahu haha..hari ni..kasi surprise diorang. Ala…kongsi berita gembira.

“Haha..adalah…apa..kau ingat kelas kita tak ada kaki siasat? Ingat detective conan ja ka boleh menyiasat?. Anyway…apa-apapun aku nak ucapkan tahniah dekat korang atas kejayaan yang korang gapai..tapi ingat, jasa pendidik dan rakan-rakan yang membantu jangan lupa..tambah-tambah…kita ni…japgi duk elok-elok gelak tawa..dah berjaya..lupa kawan..tak seru deh…hehe..”

“Betul,betul,betul…..siapa cakap keputusan SPM tak seberapa adalah end of life..that’s not true right? SPM Cuma permulaan..orang tak kisah pun…”

“Siapa kata din..malah SPM lah..orang pandang pandai atau bodoh seseorang..sampaikan kawan rapat dari sekolah rendah pun boleh campak kawan baik dia macam sampah gara-gara jurang keputusan peperiksaan diorang..yang berjaya diagung-agungkan, tetapi bagi yang rezeki tertangguh sebelah mata pun segelintir orang-orang kita ni..tak pandang tau..”

“Mirda..cakap macam ada pengalaman je…cerciter…”

     Panjang lebar juga aku menceritakan kisahku kepada mereka, iyalah..meskipun peristiwa itu sudah lama berlalu tetapi panahan kata-kata itu hanya yang mengalami dapat merasakan betapa perit dan sakitnya. Aku bersyukur masih mempunyai rakan-rakan yang senasib dan mungkin juga tidak senasib denganku, tetapi disebabkan mereka peka dengan alunan ombak pemikiran masyarakat kini membuatkan mereka senantiasa perbaiki perilaku dan akhlak mereka. Mungkin rakan-rakan di peringkat sekolah menengah ini boleh juga dikatakan sahabat yang memahami dan berfikiran matang.

“Hei..you guys cerita apa..rancak dan khusyuk je..”

“Ala..teacher lambat r…dah habis dah drama…haha..”

“Sorry..stuck sebab jalan jam la..tadi..so…Mirda what the hot story you want to tell us?? Before kita merayau..nak dengar surprise dulu..yes …what??”

“Ok…listen carefully…saya dapat tawaran sambung degree in international bussines studies dekat Australia..and..dijangka..minggu depan saya akan berangkat…”

“Wow!! Congratulations dear…how long??”

“Beb!!! Best giler…a’a..Mirda…berapa lama…??”

“Two and the half years…kalau tidak ada aral..dan ada kesempatan…nak try apply master pula..doakan erk??”

“Kahwin??”. Aik?? Tak pernah terfikir pula aku tentang perkara yang satu itu, bukannya tak teringin mendirikan masjid, mendirikan sunnah nabi ini..tetapi bagi aku keutamaan aku sekarang adalah menuntut ilmu. Sejak keputusan peperiksaan yang amat mengecewakan aku berada di tanganku, yang hanya terlintas di benak fikiranku adalah belajar. Ya! belajar dan belajar.

“Tak tahu…”. Pendek jawapanku dan aku rasa itu sudah cukup untuk menutup mulut mereka untuk berbicara tentang hal yang satu itu.

“Okey..let’s go..guys..don’t waste time…”

“Kemana tempat yang harus kita serbu dulu ni?” .Soal Asyraf

“Cinema…!”

…………………………………………………………………………………………………………

      Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang, tidak ada tanda-tanda bilangan tetamu yang dijangka surut pada waktu sebegini. Aneh! Padahal ini hanya kenduri kesyukuran, bukan kenduri kahwin dan bila difikir-fikirkan balik bagus juga kerana lauk –pauk juga masih banyak , sayang kalau tidak dihabiskan. Kenduri kesyukuran ini dibuat atas kehendak aku sendiri, mama juga tidak keberatan memandangkan itu antara nazar mama dan papa andainya aku berjaya di peringkat diploma ini. Kalau diikutkan mama hanya mahu menjemput sanak saudara sahaja tetapi, aku suarakan juga keinginanku untuk menjemput sahabat handai yang rapat denganku untuk datang ke majlis ini.

     Dalam hiruk pikuk sanak saudara yang ramai itu aku terlihat gelagat Iwan yang seolah-olah tercari sesuatu. Aku tidak melihat rakan-rakan lain bersamanya, hanya dia seorang ya!! dia seorang diri.

“Bro!! haha…sorang-sorang nampak..mana member lain?.”

“Woi!! Tak reti bagi salam ke..? sia-sia dapat offer pergi Australia..”

“Lorh…lorh..tak dak kaitan pun isi kau tu..haha..serius la..mana yang lain…?Shira?”

“Ek..eleh..minah separuh tomboy ni..kawan kacang lupakan kulit itu jugaklah..kau ingat..ni..soulmate kau ni…nak letak mana?.”

“Hahahahahahaha….soulmate?…kau?….hahahahaha!!!!!!.”

     Tak boleh belah betul minah ni! Kalau sekali gelak tak usha orang sekeliling, aku pula yang malu adoi! Cik Mirda oi…genetic siapalah yang kau ikut ni nak kata mama kau tak, ayah kau lagi tak..aku kenal sangat uncle Mirza tu. Bukannya jenis kahaq ni, aku rasa dia sorang la..ahli keluarga ni yang tersesat sikit perangai. Tapi ada satu je sifat dia yang tak boleh dia lindungi, sensitif! Pasrah! Memang tak boleh terpisah, kadang-kadang rasa berbulu telinga dengar dia buat ayat pasrah.

“Hehehe..ha..gelak la lagi..sampai takde sorang pun laki nak pinang kau!blurrr!”

“Huh?? Peduli apa aku…”

“Wei!! Kau lupa ke? Yang Shira tu dah terbang ke Ireland beberapa tahun yang lalu?.”

“Takkan cuti panjang tak balik kut..kau lagi jauh…nun di German tu…boleh je balik…”

“Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih…”

“Best tak German??”

“Toksah duk buat muka Barbie camtu…ingat comel ka? German?..not bad la…tapi makanan halal susah cari sikit…lainlah kau nanti..Australia berduyun restoran makanan halal…tapi kan..aku tetap miss Malaysia!!.”

“Ha…bagus, bagus,bagus…bangga Perdana Menteri dapat rakyat macam kau…”

“Tau tak pa….”

Tut…tut….tut…tut….

     Siapa pula yang hantar mesej ni? Setahu aku Blackberry aku tu dah lama menyepi, tidak ada sebarang tanda akan dapat panggilan dari sesiapa pun. Dengan pantas Mirda lari meninggalkan Iwan untuk mengambil telefon bimbitnya . ‘From: Sheila’, kenapa minah ni? Tanpa berlengah aku membuka peti pesanan ringkas itu.

Salam….sorry beb aq kaco kau..aq nk mintk tolong kau…
Aq dlm prjlanan ke rumah kau..tunggu k??

    Nampak macam terburu-buru bercampur terdesak! Apa kena dengan Sheila? Setahu aku minah ni mana ada pernah buat hal, sepanjang 3 tahun aku berjuang di medan pembelajaran bersama dia.Tetapi satu je aku tak faham dengan minah ni, dia tak nak panggil aku Mirda sebab dia cakap nama tu macam pelik! Weird! So..dia lebih suka panggil aku Safia. Mungkin pada aku janggal orang panggil nama aku Safia walaupun nama penuh aku Mirda Safia, tapi biarkanlah setiap orang ada kuasa autonomi dalam membuat keputusan yang selesa bagi mereka. Betul tak?

“Safia!!.”

“Beb!! Aku ada big problem sekarang,.”

“Apa?.”

“Farouk beb, dia bertaruh dengan Adam siapa menang drift dekat trek hujung minggu ni..aku jadi habuannya..”

“Eh, ni…ni..apasal dengan kau terbabit sekali ni…? Ha!! Jangan cakap kau dah main cintan cintun dengan mamat crocodile tu…baik kau cakap..”

“Ish!! Kau ni..kalau ye pun nak marah aku janganlah sekarang…please beb I need your help..aku nak kau lawan dengan Farouk..kau kan queen..dekat kolej..”

“Woi!! Walaupun aku queen of drifter tapi hakikatnya sukan ni..kepakaran lelaki kau tau…gila nak suruh aku lawan si crocodile tu…jatuh la..standard jantan dia..! huh!.”

“Please…Fia…aku cuma ada kau..Adam tak reti drift wok! Camna nak selamatkan aku..”

         Macam mana ni, kalau diikutkan kaki dengan tangan ni dalam lama meronta-ronta nak pusing stereng dan tekan minyak dekat trek. Bukan takut kalah penyebabnya cuma… Farouk tu bukan calang-calang neuron jahat dia macam-macam benda dia boleh lakukan untuk dapatkan apa yang dia impikan. Jap! Okey…aku setuju nak tolong Sheila, dia kawan aku, aku tak sanggup kawan aku berada dalam mulut buaya darat itu lagi. Sheila ni pun satu, macam mana boleh kena baham dengan buaya tu?.

“ok..aku setu….”

“Jangan Mirda!!”

“Iwan? Kau dengar apa yang kami bualkan tadi?.”

“Kau jangan berlawan dengan Farouk..aku kenal dia..dia….”

“Aku tahulah Wan…kau jangan risau…dia bukan King pun..”

“Yes! He’s not king..but..dia licik..!.”

“Insyaallah..Wan…niat yang baik pasti Allah akan tolong….”

…………………………………………………………………………………………………………

“Kenapa kau ajak kitaorang gather kat trek kereta ni?.”

“Adeler….hehe..wait and see…”

      Terkejut mereka tengok tiba-tiba aku pakai sut pelumba, tambah-tambah Sudin adoii! Silap haribulan penuh lalat mulut tu. Hai din…kalau iye pun terlopong, agak-agak la..

“Din!!!!!!!!! Tutup mulut tu!!! Bukan salah aku kalau paru-paru kau bermasalah…gara-gara asap CHEETAH aku ni!!.”

    Minah ni! Pada-padalah nak malukan aku pun. Tapi sejak bila minah ni pandai datang dekat trek lumba kereta ni, dahsyat sungguh la noh…dan…wow!! She make a drift!!! How could?? Setahu aku Mirda Safia a.k.a penyair sekolah ni lemah lembut orangnya tak adalah pula main sukan-sukan lasak ni paling kuat pun kawad jela. Ala….kawad?? normal…nak kata dia ni aktif sukan tak…mandom adala…tapi tengok cara dia…huh!! Aku pun tak boleh buat.

“ Geng!! Apa macam show aku dengan my lovely cheetah?? Its beautiful right?.”

“Wonderful!!! Beb…apa mimpi kau buat drift tengah hari buta ni?.”

“Relaks Zati…kita soru..dulu sambil melantak aku cerita…korang lapar kan…kan?..jom..!.”
“So…pa cer..sis..dulu mandom..sekarang drifter nampak..”

“Ek eleh…elo..Din the king of sleep!! Dulu aku tak nak tunjuk je..ala…sebenarnya aku memang drifter kolej pun…apa diorang panggil aku…queen of drifter ha!! Itulah..gelaran tulah…melekat dekat aku…”

“Jadi…apa kaitan dengan cerita yang kau nak cerita ni…?.”

“La..tulah ceritanya…tapi..ada lagi penting…macam ni….”

“Wo!!! Jadi kau dapat kalahkan buaya darat kolej kau tu? Haha…jatuh saham dia wei…but..padan muka..hahahahahaha!!!.”

“Pelangkung pala karang….kan aku cakap tadi….aku tolong kawan aku….alang-alang lepas gian la…”

“Tapi kalau difikirkan balik…memang la kau tolong kawan kau…tapi…kerja bahaya tu…kena lawan dengan buaya darat…”

        Ya….betul cakap Izzati, kerja bahaya kalau berlawan dengan buaya darat. Tapi demi untuk menyelamatkan kawan aku, lautan api sanggup kurenangi(haha..ayat orang bercinta ja..macam tu)

…………………………………………………………………………………………………………

Itu semua cerita setahun yang lepas….

“Woi!! Berangan pula minah ni..sejak sampai Perth ni..kau jadi kuat berangan pehalnya ni?.”

“Tak ada apa-apalah…aku cuma teringat cerita zaman budak-budak…Sheila..aku teringin nak drift balik la…”

“Mengarut!.”

      Gila apa Safia ni, sampai-sampai Perth jadi ratu termenung lepas itu kata teringin nak drift balik pula. Hai…tak faham aku, akibat malas melayan kerenah pelik dia tu..aku tarik saja tangannya untuk keluar bilik, mana taknya dah lambat dah nak pergi lepak dengan student yang lain.

“Hello!! Sorry guys I’m late..ok..I introduce you…my friend from Malaysia…Mirda Safia…”

“Hello…you can just call me Mirda or..Safia…”

    Erm….macam best bila berkenalan dengan pelajar-pelajar yang bukan dari Malaysia, rupa-rupanya diorang ni..ramah benar dalam erti kata Elbert, salah seorang pelajar dari England ini masyarakat asing sangat senang apabila bergaul dengan orang Malaysia kerana bagi mereka orang Malaysia semua baik-baik. Hahaha…macam tidak percaya sahaja.


“Hai…awak…Mirda…kawan…Sheila..?”

“Ya…awak pandai cakap melayu?.”

“Yes! My name is Kim Jiwon..from Korea..”

     Sedar atau tidak aku buat muka pelik dari tadi, mana taknya setahu aku orang Korea sangat memartabatkan bahasa mereka tetapi dia ni…bahasa inggeris dia pekat..melayu pun..walaupun pelat tapi, boleh la aku nak faham.

“Why you look me like that.?anything wrong?.”

“No,no…saya cuma terkejut sebab ada juga orang Korea pandai cakap melayu..I guest that..you…”

“Ya…saya tahu…awak ingat orang Korea terlalu menyanjung bahasa mereka sehinggakan mereka tidak mahu belajar bahasa asing? Mirda..mungkin bagi majoriti rakyat Korea macam itu pemikirannya tapi bukan pada saya, saya beranggapan betapa hebatnya seseorang itu apabila dapat menguasai lebih dari satu bahasa. So….apa pendapat awak?.”

“Erm…sokong!..sokong one hundred percent!..jadi awak bolehlah ajar saya bahasa korea? Aha…lupa..annyeonghaseyo!!.”

“Haha..semestinya..awak saya nampak boleh bahasa korea..adakah awak..peminat K-pop juga?.”

“Brilliant! Pandai awak teka…you know Jiwon… Malaysia now..sedang dilanda K-pop wave..”

“Not only Malaysia…but world..ok..haha..”

    Cepat pula aku rapat dengan mamat Korea ni, tak macam student yang lain lambat sikit aku nak kamcing dengan diorang.

………………………………………………………………………………………………………

“So….how’s Korea? Best?.”

“Ya…especially your family….sangat peramah,appa,umma,unni dan..abang dalam bahasa korea apa ek??..ha!! oppa!.”

“Hai..buat senarai nampak…”

“Belajar la…”

“Bila pula saya boleh melawat keluarga awak di Malaysia?.”

Malaysia ok..jomlah..kata nak buat pra-exam dekat saya…”

   Hai…Mirda, masih tak nampak ke klu perasaan aku sebenarnya atau sahaja tak mahu ambil tahu. Aku tahu keperitan masa lalu masih membelenggu kau, selagi kau tak dapat buktikan kejayaan kau di mata teman-teman kau yang perlekehkan kau tu…kau takkan fikir pasal benda lain lagi. Tapi aku harap suatu hari nanti, kau nampak perasaan aku.

“Jiwon!!!! Jangan berangan la….jom!!.”

“Oh…ok!!.”

Usai habis peperiksaan akhir……..

“How?? .”

“Alhamdulillah…tamat jua pengajianku..hehe..”

“Saya sudah beli tiket..jom..kata nak beli..apa tu..istilah orang melayu..elo-elo??.”

“Awak ni…hahaha…ole-ole..la…jom la..”

       Tamat jua pengajianku di bumi beruang koala ini, 2 tahun setengah ditambah pula dengan master tambah tolak anggaran 4 tahun lebih la..bertapa dekat sini. Hai…tak sabar nak balik tanah air tercinta! Malaysia here I come….eh, Jiwon ikut sekali ok Malaysia! Here we come!. Sebelum itu..aku nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih dekat Jiwon sebab selama aku sambung pengajian aku dalam master dekat sini, dia selalu tolong aku hehe…aku tahu dan aku nampak perasaan dia…but…erm…tak apalah, lupakan!

…………………………………………………………………………………………………………

“Mirda!!!!”

“Hai!!! Rindunya kau Sheila…and korang..satu kelas datang ke?.”

“Yela..cik Mirda oi..kan teacher dah janji hari tu..nak konvoi jemput kau..”
“Hehe…terharu..eh, Iwan..”

“Welcome back to Malaysia friend..!.”

“Mirda?”

“Jadi..sebab ni kau nak sangat aku datang ke airpot ni?.”

“Like what I said 8 years ago..”

    Ya!! aku sedar segala apa di dunia ini adalah pinjaman Allah semata-mata, siapa kita  hendak riak atas pemberian-Nya. Ya !! aku sedar sikap aku sudah keterlaluan terhadap sahabat karibku sendiri hanya disebabkan darjat akademik, aku putuskan satu ikatan silaturrahim yang sangat suci.Maafkan aku Mirda, maafkan aku.

“Mirda…aku nak minta maaf..aku…aku…”

“Beb! Cerita lama….kau kawan baik aku dunia akhirat beb..”

“Ehem…ehem…”

“Alamak! Lupa kenalkan..Kim Jiwon best friend aku dekat sana…and..boleh dikatakan..tutor aku la…haha..”

“Are you Korean?.”

“Yes I am..”

“Mirda…teacher rasa impian kamu dah tercapai…”

“Ha?.”

“Eh, Mirda….aku lupa nak beritahu kau..Johan jemput kau pergi kenduri kahwin dia…”
“Johan? Kahwin? Oh…”

“Mirda..he’s your….”

“Saya bakal suami dia…”

“Heh…?.”

     Siapa kata SPM K.O seluruh hidup akan K.O, tak kan?. Dulu sempat aku berfikir yang impian masa depan aku dah hancur. Hehe tapi storyline manusia ni..diri sendiri pun tak tahu, hanya yang diatas ja tahu. Siapa sangka salah satu impian aku tercapai hehe..apa? married with Korean…haha..sweet…

Sehodoh permulaan,cantik jua penamatnya..”